RWD Menu

Homepage Banner 1Homepage Banner 2Homepage Banner 3Homepage Banner 4
Whats Happening 

Love our Languages! Lee Kuan Yew Fund for Bilingualism Community Series  


Home > Donations > Pendermaan

Pendermaan

Pendermaan anda akan membantu anak-anak kita membina awal asas bahasa mereka dalam cara yang mengikut kesesuaian usia. Dalam menyokong usaha ini, kerajaan telah menyediakan geran padanan 1:1 untuk pendermaan kepada Dana tersebut, sehingga jumlah had $50 juta. Pendermaaan untuk Dana tersebut juga akan layak untuk potongan cukai 250% (sebanyak dua setengah kali jumlah wang yang didermakan). Nama dan nombor rujukan cukai perlu disediakan untuk layak mendapatkan potongan cukai.

Pendermaan kepada Dana tersebut boleh dilakukan dengan cara yang berikut:

  1. Pendermaan melalui laman web SG Gives
    Penderma juga boleh memberikan sumbangan secara dalam talian melalui laman web di www.sggivesorg.org/lkyfb. Tiada pendaftaran diperlukan.


  2. Pendermaan melalui cek
    Penderma yang ingin membuat sumbangan dalam bentuk cek boleh mengeluarkannya atas nama “Lee Kuan Yew Fund for Bilingualism”. Cek mesti dipangkah.
    Penderma harus memberikan keterangan yang berikut di belakang cek tersebut:

    • Nama penuh (seperti tertera di dalam NRIC) atau nama syarikat (untuk tujuan resit pengecualian cukai)
    • NRIC/FIN No./UEN (untuk kemasukan derma secara auto bagi penilaian cukai)
    • Alamat surat-menyurat untuk menghantar resit potongan cukai
    • Nombor telefon dan alamat e-mel

    Cek yang lengkap harus diposkan ke:
    Ministry of Education 
    1 North Buona Vista Drive 
    MOE  Building, #09-55  
    Singapore 138675

    Attn: Ms Cynthia Chandramuljana, Financial Management Branch

  3. Pembelian edisi khas yang telah ditandatangani “My Lifelong Challenge: Singapore’s Biligual Journey” dari SPH
    Encik Lee Kuan Yew telah menandatangani 200 salinan edisi khas buku baharu beliau "My Lifelong Challenge: Singapore’s Bilingual Journey".  Satu salinan buku ini boleh didapati dengan derma minimum sebanyak $ 10,000. Penderma yang berminat boleh membuat pesanan dengan menggunakan borang dan menghantar borang yang lengkap  melalui e-mel kepada moe_lkyfb@moe.gov.sg.

    Hanya edisi bahasa Cina sahaja yang masih ada untuk dibeli.