RWD Menu

Homepage Banner 1Homepage Banner 2Homepage Banner 3Homepage Banner 4
Whats Happening 

Love our Languages! Lee Kuan Yew Fund for Bilingualism Community Series  


Home > Call for Proposals > Kami mengalu-alukan saranan anda bagi menggalakkan pembelajaran dwibahasa dalam kalangan kanak-kanak

Kami mengalu-alukan saranan anda bagi menggalakkan pembelajaran dwibahasa dalam kalangan kanak-kanak

Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew mengalu-alukan saranan anda untuk menggalakkan kedwibahasaan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.  

Pendidikan dwibahasa ialah tunjang sistem pendidikan kita. Mempelajari Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda membantu warga Singapura berhubung dengan masyarakat dunia dan memperkukuh hubungan dengan warisan Asia kita.   

Kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan pada tahun-tahun awal berkesan bagi memupuk kedwibahasaan dan pembelajaran pelbagai bahasa. Dengan memperkukuh usaha kita untuk menggalakkan kedwibahasaan pada tahun-tahun awal, terutama dalam keupayaan mendengar dan bertutur, kita akan memberi anak-anak kita kelebihan pada peringkat permulaan dalam pemerolehan bahasa dan membina asas yang kukuh untuk pembelajaran dwibahasa pada masa hadapan.  

Jika anda mempunyai idea-idea yang berpotensi untuk memberikan kesan bagi menggalakkan kedwibahasaan dalam kalangan kanak-kanak di prasekolah, di rumah dan dalam masyarakat, Dana ini mengalu-alukan saranan anda.

Pemohon yang berminat boleh merujuk kepada Garis Panduan Permohonan Dana dan melengkapkan Borang Permohonan yang berikut.

Bagi cadangan untuk bahan pengajaran dan pembelajaran, program dan kegiatan:

Bagi cadangan penyelidikan:

Permohonan boleh dihantar pada bila-bila masa. Permohonan boleh dihantar dengan cara yang berikut:

Pos atau hantar secara peribadi kepada:
Ministry of Education
1 North Buona Vista Drive
Singapore 138675

Attention: Lee Kuan Yew Fund for Bilingualism

Isnin – Jumaat: 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup

Pemohon-pemohon boleh mengajukan pertanyaan mereka melalui e-mel di alamat MOE_LKYFB@moe.gov.sg atau hubungi talian +65 6872-2220.