RWD Menu

Homepage Banner 1Homepage Banner 2Homepage Banner 3Homepage Banner 4
Whats Happening 

Love our Languages! Lee Kuan Yew Fund for Bilingualism Community Series  


Home > About the Fund > Tentang Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew

Tentang Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew

Gambaran Keseluruhan


Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew (“Dana”) telah diumumkan buat pertama kalinya sewaktu pelancaran buku Encik Lee Kuan Yew, “My Lifelong Challenge: Singapore’s Bilingual Journey” pada November 2011. 

Dana ini bertujuan untuk menggalakkan pendidikan dwibahasa dan menambah usaha MOE dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda, di tengah-tengah perubahan persekitaran penggunaan bahasa di rumah. Sebagai permulaan, Dana ini akan memberikan tumpuan kepada inisiatif di peringkat prasekolah. Untuk membina persekitaran bahasa yang menyokong kanak-kanak, Dana ini akan memberikan tumpuan kepada inisiatif yang disasarkan bagi prasekolah, rumah dan masyarakat.  
  
Tahun-tahun awal penting untuk membina asas yang kukuh dalam pembelajaran bahasa. Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew bertujuan memupuk rasa cinta akan pembelajaran dwibahasa dalam kalangan kanak-kanak sejak kecil lagi di prasekolah, di rumah dan dalam masyarakat. 

Struktur Kami

Dana ini diuruskan oleh Lembaga dan dinasihati oleh pakar-pakar dari Panel Penasihat Antarabangsa (IAP). Lembaga ini telah disokong oleh Jawatankuasa Penilaian Projek (PEC), Jawatankuasa Publisiti dan Penyebaran (POC), Jawatankuasa Penasihat Pelaburan (IAC) dan Jawatankuasa Audit (AC).